kuatkah anda untuk bercinta???

July 10th, 2005 by ausodos

1) Kekuatan Berfikir Cinta bermula dari fikiran kita.

Berfikir tentang pasangan ideal yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2) Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati itu adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri " Apa yang aku hormati dalam diriku?".

3) Kekuatan untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta yang kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat".

4) Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan beeerti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih beerti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5) Kekuatan dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi Agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini di fokuskan kepada suami isteri sahaja.

6) Kekuatan untuk Melepaskan

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika sebaliknya, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai beerti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhi ku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7) Kekuatan dalam Berkomunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secra terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang beerti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya… Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata sakti; " Aku Cinta Kamu" Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra…. kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya…

8) Kekuatan dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang membahagiakan, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hunugan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan pilihan.

9) Kekuatan Semangat Semangat

membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi databg dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10) Kekuatan dari Rasa Percaya

Rasa Percaya selalu menjadi komponen penting dalam sesuatu hubungan. Tanpa rasa percaya, perhubungan takkan kekal.

renungkan……………..

~Seorang ayah yg baik~

July 10th, 2005 by ausodos

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

  • Anak yang tidak berbapa.

    Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

  • Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
  • Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
  • Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

    (Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

    Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

    Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

  • Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

    Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

    Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

    Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

  • Kenali anak anda.

    Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

    Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

  • Istiqamah (tetap pendirian)

    Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

    Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

  • Melindungi, menyara dan mendoakan.

    Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

  • Mencintai ibu mereka.

    Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

    Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

  • Menjadi pendengar yang baik

    Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

  • Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

    Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

  • ~sehama kisah~

    July 10th, 2005 by ausodos

    Sehama kisah rahmat Allah. Diceritakan pada suatu masa dahulu akan sebuah kisah mengenai pelayaran sebuah kapal yang di landa gelombang maha dahsyat. Akhirnya pecahlah ia lalu karam dengan mengorbankan para kelasi kecuali seorang cuma. Akhirnya terdampar dia tanpa haluan di sebuah pulau yang tiada berpenghuni. Maka amatlah disesali akan nasibnya yang dirasakan amat malang itu. Seraya itu dia merasakan amat kejam takdir tuhan ke atasnya. Lalu hiduplah dia di atas pulau yang tiada berpenghuni dengan terpaksa memulakan suatu penghidupan baru seperti seorang yang hidup pada zaman primitif. Dalam pada itu dia masih lagi menyesali akan takdir yang menimpanya. Masa berlalu , dan begitulah kekecewaan dalam diri yang semakin mendalam lantaran tiada sebuah kapalpun yang berhenti untuk menyelamatkannya walaupun penat melambai-lambai mengharap dirinya kelihatan oleh para kelasi kapal-kapal yang melalui kawasan itu. Lantas pada suatu hari dia keluar mencari makanan di sekeliling hutan itu. Takkala dia pulang ke gobok buruknya itu, maka terkejutlah dia apabila melihat bahawa goboknya itu musnah dijilat api!…. "oh tuhan , mengapa begini kejamnya engkau kepadaku!". "Apa lagi ya tuhan selepas ini Kau akan zalimi aku!…. Ketika itu dia termenung mengenangkan kezaliman tuhan kepadanya dengan nasib malang yang bertalu-talu menimpa. Tiba-tiba terlihat olehnya sekumpulan manusia berdayung ke arahnya. Dia berlari dan berteriak sekuat hati dengan penuh kegembiraan. Dia menjerit kegembiraan !!!! Dan selamatlah dia dari azab sengsara kezaliman tuhan. Lantas dia bertanya kepada kelasi kapal bagaimana mereka tahu dia ada disini. Kelasi kapal itu pun memberi tahu , mereka terlihat asap di pulau itu dan yakin ada orang yang memerlukan bantuan berdasarkan isyarat asap yang kelihatan! …… Oh tuhan!…. jawabnya sambil melihat buih-buih dilautan yang maha luas itu…….

    HOT or GEEK???

    July 1st, 2005 by ausodos

    body or a geek that reeks?!?!?! This is your test…
    take a piece of paper and number it from 1-10!!!
    DONT LOOK AHEAD!!!!!!!!!!!!!

    1) Are you short, average, or tall?!?

    2) Are you skinny, average, or pleasantly
    plump?!?!?!?

    3) Are your eyes blue, brown, hazel, or green?!?!?!

    4)What is your favorite color out of all of these???

    *~*~*Baby Blue, Red, Purple, Black, Pink, Green,
    Yellow*~*~*

    5) Where is your dream place to live?!?!?!

    *~*~*Hawaii, Puerto Rico, New York, Paris*~*~*

    6)What is your favorite pet?!?!?!

    *~*~*Dog, cat, fish, hamster*~*~*

    7)What’s your dream date?!?!?!?!

    *~*~*Movie, arcade, candle light dinner,
    amusement park*~*~*

    8) Name a person of the opposite sex!

    9) Name a person of the same sex!

    10) Make a wish!

    *
    **
    ***
    ****
    *****
    ******
    *****
    ****
    ***
    **
    *
    **
    ***
    ****
    *****
    ******
    *****
    ****
    ***
    **
    *
    **
    ***
    ****
    *****
    ******
    *****
    ****
    ***
    **
    *
    **
    ***
    ****
    *****
    ******
    *****
    ****
    ***
    **
    *

    ~ANSWERS~

    1) Short=Adorable
    Average=popular
    Tall=HOT!

    2) Skinny=sweet
    Average=FUN!
    Pleasantly plump=nice

    3) Blue=sweet
    Brown=sexy
    Hazel=sensitive
    Green=Caring

    4) Baby Blue=Cool and Calm
    Red=anxious and energetic
    Purple=Laid Back
    Black=Gothic
    Pink=girlie girl
    Green=outkast
    Yellow=preppy

    5) Hawaii=laid back
    Puerto Rico=party animal
    New York=people person
    Paris=Love to shop!

    6) Dog=great and lovable friend
    Cat=curious and adventurous
    Fish=boring
    Hamster=nerd

    7) Movies=you like to make out!
    Arcade=player
    Candlelight dinner=romantic
    Amusement Park=adventurous

    8) This person will ask you out…

    9) This person will hate you if you dont copy and
    paste this quiz…

    10) This wish will come true if you REPOST. Dont,
    then you will have bad luck with your love life
    forever…

    calon suami???tapi perlu diingat…………..

    June 29th, 2005 by ausodos

    pernah terfikir??….
    sahabat2 dari kaum hawa
    semuanya mesti ada ayat2 sebegini:

    1). Calon suami yang tidak merokok.
    2). Calon suami yang bersembahyang, taat pada
    perintah Allah
    3). Penyayang, Penyabar
    4). Suka Berterus terang.
    5). Romantik
    6). TIdak mempermainkan Kaum Hawa
    7). Berbudi Bahasa
    8). Kelakar

    hakikatnya….

    1). Purata 9 daripada 10 lelaki adalah perokok,
    camner la korang nak carik yang tak
    merokok…kekadang tu dia tak merokok depan
    korang…tapi belakang

    2). Yup, Sembahyang @ Solat… yang diwajibkan
    ada 5, tapi alahai…kadang2 dapat 3 pun dah besar
    rahmat dah la..Wallahualam..

    3). Penyayang & Penyabor?? mungkin masa
    bercinta & masa tengah carik jodoh jer kot…riso
    lepas kawin jadik Penerajang & Penampor jerk..

    4). Lelaki memang suka berterus terang…takde
    gelap2 punya…omputih kata straight 2 the
    point…melayu kata, sound tepat…

    5). Romantik? apa definisi romantik yang
    sebenarnya? cari dalam kamus tengok - camner
    ciri2 lelaki romantik…sesapa leh huraikan??

    6). Kaum lelaki memang tidak pernah sesekali
    mempermainkan kaum
    Hawa..never…ever…forever… hakikat yang berlaku
    sekarang ni…kaum lelaki la yang banyak kena
    main dengan kaum Hawa…lelaki kalau dia kata dia
    sayang, dia cinta…. arus elektrik pun tak dapat
    hanyutkan dia….but ingat….itu kalau dia kata dia
    sayang or cinta jerk

    7). Berbudi Bahasa ni kena tengok dengan attitude
    seseorang tu..kalau cara dia cakap dengan kita
    pun macam hampeh, takkan la dia tak hampeh
    depan mak bapak kita esok. nak yang betul
    berbudi?? cari la yang tak hampeh…

    8). Kelakar….nampak gaya kaum lelaki kena
    langgan majalah ujang la…supaya ada modal time
    dating nanti…memang best dapat pasangan yang
    kelakar…tapi kalau sebijik macam Mr.
    Bean…rasanya mak bapak kita pun malu nak
    ngaku menantu..kan..kan…kan?

    apa yang kaum hawa tulis semua tu…dapat ker
    korang cari yang ada kesemua ciri tu….kalau
    dapat…berapa lama?? masihkah ada lelaki
    sedemikian?? takut2 kalau dah pupus jerk…

    carilah yang berkenan dihati…buat Solat Istikharah
    bila nak buat pilihan hidup..soal masa depan
    bukan mainan… jangan carik yang kemas
    berkemeja tapi rupa2 kerjanya Peragut, Penagih,
    Penipu dan semua P yang dikategorikan sebagai
    Penjenayah…

    Mana yang bersifat sementara masih ada peluang
    kita mengubahnya, mana yang kekal doakanlah
    moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya.
    Jangan kita terlalu memilih mengikut kehendak
    kita…. Jodoh & Pertemuan ketentuan Allah
    semuanya…Amin

    biar ku begini………

    June 29th, 2005 by ausodos

    Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
    Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
    Bukan maksud untuk membisu
    Sepi tanpa kata
    Terpisahnya kita kerana mengejar impian

    Mungkinkan bersama
    Dua jiwa ini Dalam mencari cinta sejati(nan suci)
    Mungkinkah segala derita di jiwa
    Akan terubat jua akhirnya

    Biarkanlah saja diriku
    Sendirian tanpamu
    Terpisahnya kita kerana
    Mengejar impian

    Hanya satu pintaku
    Sabarlah menanti
    Ku kan pulang bersama cinta..

    Once a friend..alwayzz a fren…

    kejutkan aku dari tido biler…….

    June 29th, 2005 by ausodos

    Dalam kitab Tashilul Maqooshid
    Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah
    sangat baik mengejutkan orang tidur dalam
    keadaan :

    1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat
    hampir habis

    2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan
    orang yang sedang bersolat

    3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid

    4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar]

    5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran
    matahari dan sebahagian lagi berada di tempat
    teduh

    6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit
    matahari

    7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana
    tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh 8.
    jika tidur selepas azan

    9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab
    Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh

    10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan
    walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-
    Mlnhaad dinyatakan makruh

    11. jika tidur di atas muka (meniarap atau
    terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah
    SAW apabila baginda melihat seseorang tidur
    seperti itu tidak dimikian itu, dibenci Allah dan
    RasulNya

    12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk
    bangun malam seperti yang dilakukan oleh
    Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan
    Fatimah.

    Tentang hal ini Rasulullah SWA bersabda :Allah
    mengasihi orang lelaki yang bangun malam
    kemudian membangunkan isterinya, apabila
    isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air
    ke mukanya….

    luv yo phone!!

    June 28th, 2005 by ausodos

    Ini adalah sesuatu yang bernilai untuk diketahui.
    Untuk mengetahui nombor
    siri handset,

    sila dail: star hash zero six hash
    (*#06#)Lima belas digit


    no. akan muncul di skrin handset anda. Catat
    no. ini dan simpan. Apabila
    handset anda di curi, telefon kepada telco anda
    dan beri no. ini. Dengan
    adanya nombor ini, mereka boleh blok handset
    anda jadi walaupun pencuri
    tersebut tukar kad SIM, handset itu tidak boleh
    digunakan langsung. Jadi
    dia tak dapatlah nak pakai sendiri atau
    menjualkannya. Jika semua orang
    lakukan ini, tiada sebab untuk pencuri mencuri
    handset lagi. Hantarkan ini
    kepada kawan anda yang mempunyai handset
    dan marilah kita bersama-sama
    membuatkan pencuri handset tukar
    kejer lain.

    if u……..

    June 26th, 2005 by ausodos

    Renungkan….
    Hayati dan fahami….

    Jika kamu memancing ikan….
    setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
    kamu mengambil terus ikan itu….
    janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
    dalam
    air begitu sahaja….
    kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
    ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
    menderita selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
    pengharapan kepada seseorang…
    setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu
    menjaga
    hatinya….
    janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
    begitu
    sahaja….
    kerana dia akan terluka oleh kenangan
    bersamamu dan
    mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
    dia
    mengingatimu….

    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
    terlalu mengharap pada takungannya dan
    janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah
    sekadar keperluanmu….
    Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
    menampalnya semula….
    akhirnya ia dibuang….
    sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin
    ia masih boleh digunakan lagi….

    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima
    lah
    seadanya….
    Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
    janganlah kamu menganggapnya begitu
    istimewa….
    anggaplah dia manusia biasa.
    Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
    mudah
    bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu
    kecewa
    meninggalkannya.
    Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
    hubungan
    kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….

    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang
    kamu
    pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
    Berkhasiat.
    Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan
    yang
    lain..
    Terlalu ingin mengejar kelazatan.
    Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
    memakannya.
    Kamu akan menyesal.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
    seorang
    insan…..
    yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
    dirimu.
    Menyayangimu. Mengasihimu.
    Mengapa kamu berlengah, cuba
    membandingkannya dengan
    yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
    Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia
    menjadi
    milik orang lain
    Kamu juga yang akan menyesal……

    kancil vs EVO7 & Ferrari

    June 26th, 2005 by ausodos

    Pada suatu malam yang hening dan sunyi di
    Lebuhraya Utara Selatan,
    kelihatan
    sebuah Kancil putih tersadai di sebelah lane
    kerosakan. Ada seorang tua
    berdiri di sebelahnya. Pemilik Kancil tu sedang
    berjalan ke hulu ke
    hilir
    cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak
    ada sebuah kereta pun
    berhenti.
    Tiba-tiba datang la sebuah kereta Evo7 berhenti di
    sebelah Kancil tadi.

    "Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya
    pemuda berusia dalam
    lingkungan
    20an. "ha’ah, rosak" jawap pakcik tu simple aje….

    "Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat
    kereta saya dan saya
    tarik
    kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

    "worrait gak tu…", tapi….nanti kalau pakcik rasa
    awak bawak laju
    pakcik
    akan hon dan bagi high beam"

    "Ok pakcik". Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
    kancil di depan dan
    hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia
    pun jalanla…. dengan
    slow
    dan berhati-hati. Dalam lima kilometer, mamat nie
    laju le sikit,
    apalagi
    pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat
    mamat tu. Mamat tu pun
    slowkan
    balik…..

    Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang
    dan press minyak kat
    mamat
    Evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun
    tekan la minyak rapat
    nak
    kejar ferrari nie….. Lupa la pulak dia dengan kancil
    org tua yg
    diikat kat
    belakang kereta dia.

    Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun
    hon dan bagi hi beam
    bagai
    nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah, hangin
    punya pasal. Kebetulan
    pulak polis ada buat speed trap kat
    bawah jambatan.

    Vrooommm…… bedesup peginye… "Ini dah lebih
    speed limit nie…"
    kate
    polis nie. "Cecah 250kmj memasing nie…" Dia pun
    contact la kengkawan
    dia
    kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju
    nie…

    Dia kata;

    "Over…. over…, ada tiga buah kenderaan
    memandu melebihi had laju,
    sebuah
    Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku
    cakap korang mesti tak
    percaye punye……… sebuah Kancil putih
    tengah ‘cucuk’ angin Evo7
    tu, dia
    bagi hon dan high beam nak potong!!!, Over…..