~reduce your stress~

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan
bertujuan mengurangkan tekanan kerja / hidup.
Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan
menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para
pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah
dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi
sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu
ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan
sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran
sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita
disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-
hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat
tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut
agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah
selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa
hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa
adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi
sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika
waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan
memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-
benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa
sebarang rezeki tidak akan datang bergolek
sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai
sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah
yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas
daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.
Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka
baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga
mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik
kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan
beriadah

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang
cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala
tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat
menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika
kita meluangkan masa membawa keluarga pergi
beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan
bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak
seimbang juga merupakan salah satu faktor
tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal
akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan
hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh
menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah
tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil
yakin diri.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain".

Leave a Reply