~ingatla wahai kawan-kawan~

August 16th, 2005 by ausodos

* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah
pilihan anda itu.

* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa
jawapan.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara
daripada musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal
kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali
yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang
lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan
menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan
anda lelaki sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan
daripada dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan &
tidak mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak
akan mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri
maka anda sebenarnya tidak pernah membuat
kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh
setiap orang terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh
menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada
nasihat yang baik kepada seorang teman dan
sahabat.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah
beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi
anak perempuan seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah &
hadapilah ia.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang
mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda
bergantung kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis
sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih
dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah
lautan yang luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika
kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin dan susah memakan makanan
yang lebih enak daripada orang kaya kerana
makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya
melakukan perkara yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki
yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki
tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya
memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan
kehidupan anda dan lupakan masa silam.

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang
sedang bersabar.

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke
mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan &
kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan
kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu
menetapkan satu matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari.

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa
menyukai apa yang anda dapat.

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku &
kehidupan sekaligus.

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada
kekuatan yang dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa,
kerana anda masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan
tidak akan mengenal kemanisan.

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga
manusia untuk membina sebuah monumen yang
indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan
jentera hanya untuk membina sebuah kedai.

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan
kekurangan sahabat.

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi
mudah.

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
dimusnahkan.

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih
baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu
yang benar tetapi tidak melakukannya.

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak
mendapatkannya.

Fikir-fikirkan wahai kawan :)

~reduce your stress~

August 9th, 2005 by ausodos

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan
bertujuan mengurangkan tekanan kerja / hidup.
Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan
menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para
pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah
dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi
sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu
ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan
sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran
sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita
disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-
hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat
tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut
agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah
selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa
hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa
adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi
sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika
waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan
memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-
benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa
sebarang rezeki tidak akan datang bergolek
sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai
sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah
yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas
daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.
Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka
baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga
mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik
kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan
beriadah

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang
cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala
tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat
menyihatkan tubuh badan seperti bersukan.
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika
kita meluangkan masa membawa keluarga pergi
beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan
bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak
seimbang juga merupakan salah satu faktor
tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal
akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung,
darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan
hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh
menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah
tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil
yakin diri.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain".

problem vs colour

August 4th, 2005 by ausodos

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut…

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA WARNA:

MERAH Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… !

CERIAKAN MOOD ANDA WARNA: JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

wanita>>>>mata>>bantal>>warna

August 2nd, 2005 by ausodos

Wanita dan Mata

Mata Kecil

Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila mara, sukar nak pujuk!

Mata Sedang

Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja!

Mata Lebar

Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah, bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia!

Mata Berkedip

Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar.

Mata Cengkung

Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati.

Mata Bulat

Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata.

Wanita dan Bantal

Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal, ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:-

Memeluk Bantal Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasenya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berprasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan.

Menggunakan Bantal Lebih Dari 1

Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

Tidur Dengan 1 Bantal

Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya!

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas beruseha dan mempunyai sifat kurang baik.

Tidur Tanpa Bantal

Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah padd org lain.

Wanita dan Warna

Akhir skali, pendirian wanita turut dapat di nilaikan melalui warna kegemaran mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya?

Merah

Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri.

Biru

Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.

Ungu

Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi.

Kelabu

Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak.

Kuning

Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

Putih

Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.

Hijau

Segar, suka pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

Hitam

Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.

Coklat

Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

Ok, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau berkedip, suka berbantal atau tak, gemar warna hitam, putih atau kelabu. Pada pendapat aqim, kaum Hawe di cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang sebenarnya bukan terletak pada kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan hati nalurinya. Didikan agama paling penting. Betull tak? Dari situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat.

~check personaliti anda~….tidur

August 2nd, 2005 by ausodos

SEORANG ahli psikologi salah sebuah universiti tempatan pernah berkata, tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami.

Ini kerana, ia umpama `topeng’ yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan.

Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain.

Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona’ yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita.

Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan’ tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:

* Janin dalam kandungan

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks.

Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.

* Batang balak

Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.

Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.

* Mengiring dan tangan menghala ke depan

Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.

* Tentera

Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.

* Jatuh bebas

Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.

* Tapak sulaiman

Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Laman web, Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan.

Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa’ gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang

Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.

Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala

Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu.

Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya.

Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit

Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi

Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan.

Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh

Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa.

Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna.

Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok

Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap

Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi.

Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut

Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho’ ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.

Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur.

~zodiak makanan~

July 18th, 2005 by ausodos

Pisces:>> Kamu suka menu makanan siang yang
banyak mengandungi air dan sebelah malamnya
pula kamu gemar menikmati makanan-makanan
berminyak dan bersos.

Aries:>> Kerana terlalu sibuk beraktiviti, kamu
tidak berkesempatan memikirkan soal makan.
Kebiasaannya kamu akan makan setelah perut mu
benar-benar lapar atau berbunyi-bunyi sebagai
isyarat bahawa telah tiba waktu makan.

Taurus:>> Aroma masakan sering membuat kamu
tidak dapat menahan selera makan mu. Kamu rela
menghabiskan waktu yang agak lama untuk benar-
benar menikmati makanan kegemaran mu!

Gemini:>> Bijak berkomunikasi dan gemar
bercakap. Ketika mulut penuh dengan makanan
pun tetap bercakap. Bagi kamu, makan boleh
berhenti tapi bercakap harus diteruskan!

Cancer:>> Disebabkan sikap mu yang sukar untuk
diramal secara tidak langsung membuatkan jadual
pemakanan mu berubah-ubah. Kamu makan
sesuka hati ada kalanya kamu hanya makan dua
kali dalam sehari.

Leo:>> Kamu amat menggemari makanan-
makanan mewah. Oleh itu kamu sukar untuk
mengikut jadual diet mu. Kamu hanya menyukai
makanan tertentu dan terus membenci makanan-
makanan yang tidak tergolong dalam kategori
makanan kegemaran mu.

Virgo:>> Bentuk badan sempurna penting bagi
kamu. Kamu sering memeriksa label nutrien yang
terdapat pada bungkusan makanan yang kamu
pilih. Kamu gemarkan makanan yang sempurna
dan semula jadi. Kamu tidak suka makanan ringan!

Libra:>> Sikap ideal kamu ada kalanya
menjadikan kamu agak kaku. Setiap kali makan
kamu inginkan hidangan itu disajikan dengan
cantik, kemas, bersih dan sempurna. Hanya
disebabkan sedikit kesalahan, ia akan turut
memberi kesan kepada emosi mu. Kamu suka
makan berlama-lama kerana setiap suapan yang
masuk ke mulut mu akan kamu nikmati
sepenuhnya.

Scorpio:>> Misteri dan membingungkan, itulah
keperibadian mu. Makanan yang kaya dengan
rempah-ratus menjadi kegemaran mu. Kamu tidak
risau mengenai berat badan kerana kamu percaya
bahawa ghairah hidup yang menyala-nyala akan
turut membakar lemak di dalam tubuh mu.

Sagitarius:>> Kamu memang gemarkan cabaran.
Malah makanan kegemaranbiasanya lain dari yang
lain. Kamu gemar mencuba sesuatu resipi yang
baru kerana kamu memang gemarkan kelainan.

Capricorn:>> Kamu adalah individu yang
berwawasan dan sentiasa berusaha bersungguh-
sungguh. Kamu suka makan secara bersederhana
dan mengambil makanan mengikut jumlah yang
diperlukan sahaja. Kamu juga hanya setia kepada
sesuatu produk makanan sahaja.

Aquarius:>> Individu di sekeliling mu ternyata
menyukai sikap mu yang gemar berjenaka.
Sekiranya menghadiri pesta atau jamuan tertentu
kamu sering memilih makanan yang tidak
menjadi favourite para tetamu yang hadir. Kamu
juga dikategorikan sebagai individu yang gemar
mencuba. Ada kalanya masakan yang kamu cuba
agak pelik dan tidak pernah dibuat orang!

~bodoh vs cerdik~

July 18th, 2005 by ausodos

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum pas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)

Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka ‘bergesel’la ni)

Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu

Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang

Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip… dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat kat office pas tu bangga ngan baunya

Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya… boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?…sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai

Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu…jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

~thanks god~

July 17th, 2005 by ausodos

Ketika aku meminta kekuatan Tuhan memberiku kesukaran kerana melaluinya aku akan menjadi kuat.. ketika aku meminta kebijaksanaan tuhan memberiku masalah untuk aku selesaikan kerana melaluinya aku kan mendapat pengalaman.. ketika aku meminta kemewahan tuhan memberiku akal untukku bekerja kerana melalui berfikir aku mula melihat cara. . ketika aku meminta ketabahan tuhan memberiku rintangan untukku hadapi kerana melaluinya aku akan teruji.. ketika aku meminta derita Tuhan memberiku insan2 menderita yang perlu aku bantu kerana melaluinya perasaan cinta akan bermula.. ketika aku meminta bantuan Tuhan memberiku peluang kerana melaluinya aku mula mencuba.. ketika aku meminta kejayaan tuhan memberiku pelbagai dugaan kerana melaluinya aku akan tabah.. ketika aku meminta kesabaran Tuhan memberiku kesengsaraan kerana melaluinya aku akan cekal.. ketika aku meminta ketenangan tuhan memberiku liku2 keperitan kerana melaluinya akan timbul kesedaran.. betapa indah dan bermakna hidup ini kerana tuhan tak pernah memberi apa yang aku pinta tetapi aku menerima segalanya yang aku perlukan bagi meneruskan kehidupan ini.. terima kasih Tuhan..

~lelaki yang cantik~

July 17th, 2005 by ausodos

LELAKI YG CANTIK….. adalah lelaki yg mampu mengalirkan air mata untuk ingatan, adalah lelaki yg sedia menerima segala teguran, adalah lelaki yg memberi madu setelah menerima racun, adalah lelaki yang tenang dan lapang dada dan fikiran, adalah lelaki yg baik sangka, dan adalah lelaki yg tidak mengenal erti putus asa,…. kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,….. seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yg ummiyi, adalah kecantikan yg sempurna bagi seorang lelaki….

all girls…suka tak lelaki mcm nie??

July 12th, 2005 by ausodos

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’
tapi kalau nak meninggikan suara sekadar
menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah
meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar.
Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk
setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata
keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan
seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.
Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik
abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak
berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar
ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya
aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan
merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki
memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk
mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan
si
gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada
tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu
ataupun memberikan alasan yang tak munasabah.
Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan
yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat
dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang
sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-
teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita
lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-
dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua
gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya
jika
mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik
dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu
mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman
para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan
seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua
wanita memandang pada paras rupa, kalau dah
terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri
sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah
dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga
suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang
hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah
katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita
ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan
kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa
jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan dirinya sendiri, pantas pula
melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan
minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah
sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita
itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau
cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja
cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya
lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya
terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus
diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya
kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka
apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-
olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak
layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau
pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah
nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal
fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita
sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang
mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu
komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat
memberi banyak alasan kerja apabila diajak
keluar.
Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita
tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja
yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki
mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita.
Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan
masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia
terhadap seseorang gadis apabila mendapat
kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga
kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap
menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan
tapi,
bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak
sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah
bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-
pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan
wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas
dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan
duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga,
ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan
pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak…
membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka
juga
tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit
dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri
mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab
meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai
baju yang sama berulang kali, tidak memakai
deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila
menyedari badan sudah berbau?? Entahlah…
hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja
yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat
teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi
mereka tidak sedar cara mereka makan yang
gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita
patutlah makan dengan bersopan. Buat apa
terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata
hendak bermain bola sepak ataupun menonton
WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja
memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa
guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau
ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat
mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita
dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan
menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah
berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah
dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai
perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada
pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-
bolehnya
mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit
atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan
berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya
sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang
menghargainya di atas apa yang cuba
dilakukannya terhadap anda seperti memberi
hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima
kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk
anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan
kenyataan walaupun ternyata sememangnya
merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit
ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai
alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar
menyintai pasangan anda, perkara begini
seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya
sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda
suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai
menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap,
mahu lebih gentleman, berketrampilan dan
hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu
menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan
ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan
diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak
membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita
tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!